PASAI
Vol 7, No 2 (2013)
Vol 7, No 2 (2013)
Dr. Burhanuddin Al-Helmi Dan Tuduhan Dalam Komplotan Anti Penubuhan Malaysia, 1963-1969
Article Info | ABSTRACT | |
Published date: 20 Nov 2013 |
Penglibatan Dr. Burhanuddin al-Helmi dalam perjuangan nasionalisme dan politik dianggap berhaluan kiri kerana beliau tidak bekerjasama dengan pihak British dan UMNO semasa menuntut kemerdekaan tanah air. PAS menjadi medan perjuangannya dalam politik pada tahun 1950 selepas beliau terlibat dalam KMM dan PKMM. Di Dewan Rakyat, beliau terkelompok bersama-sama kumpulan pembangkang lain seperti Onn Jaafar dan Zulkifli Muhammad. Kertas kerja ini menyentuh pengalaman Dr. Burhanuddin ditangkap, ditahan dan diperengkokkan dalam penjara termasuk sebagai âtahanan politikâ oleh pihak kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman. Antara tuduhan yang dilemparkan kepadanya ialah aktivis politik berhaluan kiri yang membahayakan negara serta âpengkhianat bangsa dan negaraâ. Beliau dianggap musuh negara yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan kerajaan yang memerintah. Pada 28 Januari 1965, beliau ditahan di atas tuduhan mengadakan pakatan sulit bertujuan menentang penubuhan Malaysia dengan kerjasama Presiden Sukarno, seterusnya membina kerajaan buangan yang pro Indonesia di luar negeri iaitu di Karachi, Pakistan. Tuduhan tersebut turut melibatkan usaha menubuhkan âNational Frontâ bagi membantu Indonesia menentang pembentukan Malaysia dan seterusnya bekerjasama membantutkan penubuhan Malaysia yang baru berusia dua tahun sejak 16 September 1963. Kertas kerja ini akan membongkarkan rahsia sebab Tunku mengambil tindakan sedemikian dan bagaimana Dr. Burhanuddin mempertahankan prinsipnya bagi menafikan tuduhan tersebut.
Copyrights ©
2013 |